3 tourneys in Terengganu

Pusat Minda Terengganu (MINDCeT) dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT) akan mengadakan pertandingan di 3 daerah berikut:-

Tarikh: 22 Mac 2008,

SMK Tg Ampuan Intan, Hulu Terengganu

hubungi Cikgu Zubir 019 9144820

SMK Chukai, Kemanan

Hubungi Cikgu Wan Md Zani 013 93221107

SMK Tg ampuan Intan, Setiu

Hubungi Cikgu Zaharuddin 013 9188040

Info: http://caturterengganu.blogspot.com/

Related article in Utusan Malaysia:-

Mencari Jaguh Catur Terengganu 2008 (Utusan Malaysia)

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Kira-kira 1,700 pemain catur akan berentap dalam Karnival Catur Terengganu 2008 untuk merebut gelaran Jaguh Catur Terengganu yang menawarkan hadiah wang tunai RM75,000 bagi tiga peringkat bermula 1 Mac ini. Karnival anjuran Pusat Minda Terengganu (MINDCet) dengan kerjasama Persatuan Catur Terengganu itu dibahagikan kepada tiga kategori dan akan berlangsung sehingga hujung tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MINDCet, Datuk Saidi Mohamed berkata, program itu dijangka mendapat sambutan di kalangan peminat catur kerana ia merupakan pertama kali dianjurkan secara besar-besaran melibatkan banyak kategori.

Menurutnya, kategori itu adalah terbuka kepada mereka di bawah umur 18 dan 12 tahun dan pertandingan ini terbuka kepada orang ramai yang tinggal di negeri ini atau mereka yang berasal dari Terengganu tetapi menetap di negeri lain. ”Pertandingan ini dianjurkan untuk mempopularkan permainan catur di kalangan rakyat termasuk para pelajar sebagai satu rekreasi minda. ”Program ini juga secara tidak langsung membantu orang ramai meningkatkan keupayaan bermain catur bagi memperoleh gelaran di peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau berkata, pertandingan catur itu bermula di peringkat daerah dengan 10 peserta dipilih untuk menyertai pertandingan peringkat negeri selama lima siri pada bulan April, Jun, Ogos, Oktober dan November.

Menurutnya, daripada lima siri itu, pihak penganjur akan memilih 30 pemain catur terbaik daripada semua kategori bagi menyertai pertandingan akhir yang akan diadakan pada 18 hingga 22 Disember ini. Jelasnya, hanya 10 pemain terbaik peringkat kebangsaan akan diisytiharkan sebagai Juara Catur Terengganu yang diiktiraf oleh Federation Internationale De Chess (FIDE).

”Johan dalam karnival catur ini akan membawa pulang wang tunai sejumlah RM10,000 manakala tempat kedua (RM7,000) dan ketiga (RM4,000) serta tujuh hadiah sagu hati. ”Pihak penganjur juga menyediakan hadiah wang tunai kepada para peserta terbaik di peringkat daerah bagi tiga kategori itu serta peringkat negeri yang jumlah keseluruhannya adalah RM49,000,” ujarnya. Menurutnya, orang ramai yang berminat menyertai pertandingan bagi kategori terbuka boleh mendapatkan borang pertandingan mulai sekarang melalui Setiausaha Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT), Muhammad Arshad di talian 012-9210841. Jelasnya, bagi pelajar sekolah yang mahu menyertai dua lagi kategori yang dipertandingkan boleh mendapatkan borang pertandingan catur di sekolah masing-masing.

Related:
Terengganu 66
http://www.kids4chess.com/
http://www.youtube.com/watch?v=JLOe25tmcbs

Post a Comment